Tokoh Zaman Renaissance

02.59 Pohon Belimbing 1 Comments

Tokoh Kesusasteraan

Dante Aligheri

Beliau telah dilahirkan di ibu kota Florence pada tahun 1265. Di samping menjadi seorang pemuisi yang terkenal, beliau juga seorang scientist dan seorang yang terpelajar. Hasil beliau yang terbaik ialah "DivineComedy" yang mengisahkan surga dan neraka. Beliau mati pada tahun 1321.

Giovanni Boccaccio


Boccaccio telah lahir di Florence pada tahun 1313. Beliau adalah seorang daripada penulis Itali yangterawal dipengaruhi oleh karya klasik Yunani. Buku beliau yang terkenal ialah "Decameron" yang mengumpulkan pelbagai kisah yang menarik. Beliau mati pada tahun 1375;(W. Williams.:1967:97-98).


Thomas More

Beliau merupakan seorang ahli sasterawan yang terkenal di Utara Eropa. Sir Thomes More telah dilahirkan pada tahun 1478. Karya terbaik beliau ialah "Utopia" yang telah dipasarkan pada tahun 1516. Utopia mengisahkan kehidupan yang ideal, kerajaan yang sepatutnya dan karya ini ditujukan khusus pada Zaman Pertengahan. Oleh itu, Sir Thomas More telah dihukum bunuh pada tahun 1535 oleh Raja Henry VIII apabila beliau enggan meninggalkan Gereja Roman Khatolik.

Desiderius Erasmus

Desiderius Erasmus telah dilahirkan pada tahun 1469. Beliau merupakan seorang yang terpelajar daripada Rottenham yang banyak menulis buku tentang penyelewengan yang telah berlaku di gereja. Karya terbaik beliau ialah "In Praise of Folly". Di dalam buku ini, Erasmus telah mentertawakan kepercayaan karut dan menrendahkan banyak paderi. Beliau juga merupakan seorang daripada penggubah Wasiat Baru New Testament" di Greek. Beliau meninggal dunia pada tahun 1536.

Geoffrey Chaucer 

Caucer adalah seorang penyair Inggris yang popular sebelum William Shakespeare. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1340. Antara hasil karyanya yang terbaik ialah "The Canterbury Tales". Di dalam karya ini, beliau telah mennyatukan ide daripada Boccaccio dan Petrarch. Karya ini menceritakan kehidupan di Inggris pada zamannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1400;(W. Williams.:1967:98-107).

Filsuf

Niccolo Machiavelli


Beliau dilahirkan pada 1456 dan mati pada tahun 1527. Beliau telah mengarang sebuah buku yang terkenal sehingga hari ini yaitu "The Prince". Di dalam bukunya, beliau menyarankan bahwa pemerintah mempunyai kuasa mutlak dan rakyat harus takut kepada pemerintah dan harus memberikan sepenuhkesetiaaannya kepada raja, barulah kepada Gereja Katolik. 

Francis Bacon

Francis Bacon telah dilahirkan pada tahun 1561. Beliau merupakan ahli falsafah dan negarawan England yang terkenal yang melopori kajian tentang pemikiran scientific modern. Karyanya bertajuk "The Advancement of Learning" yang telah dihasilkan pada tahun 1605, menerangkan cara-cara kajian baru dalam bidang sains yaitu cara konduktif . Konduktif yang dimaksudkan ialah membuat percobaan sains,membuat kesimpulan umum terhadap ujian dan akhirnya menguji sendiri percobaan umum berkali-kali untuk membuktikan kebenarannya. Karyanya yang lain ialah Novum Organum pada tahun 1620. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1626

Ahli Seni

Leonardo da Vinci


Beliau merupakan seorang manusia contoh pada zaman Renaissance ini. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1452. Beliau seorang yang versatil, iaitu seorang yang menguasai hampir semua bidang ilmu seperti seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi serta perang dan ketenteraan. Antara sumbangan beliau yang terkenal ialah potret Monalisa dan anatomi manusia.

Raphael


Nama sebenar beliau ialah Sanzio Raphael. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1483. Beliau adalah salah seorang pelukis yang berbakat besar pada zaman Rennaissance. Antara karyanya yang terbaik ialah lukisan "Madonna" yang terletak di dalam Sistine Chapel di Roma. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1520 dan telah banyak menghasilkan karya-karya yang menarik.

Michelangelo

Michelangelo juga seorang pelukis Florence yang hebat serta bagus dalam semua bidang. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1475. Beliau adalah seorang pengukir, arsitek, penyair dan seorang jurutera. Karya pertama beliau ialah "The Last Judgement", sebuah lukisan yang telah dilukis di Sistine Chapel di Roma. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1564.

1 komentar:

  1. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Dante Alighieri , dia berbadan rada kecil, dengan mata besar dan hidung bengkok yang kentara. Dia kelihatan seperti orang-orang yang biasa dijumpai di jalanan.
    Saya mencoba menulis blog tentang hal ini, semoga anda juga suka di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2017/12/wwancara-dengan-dante.html
    .

    BalasHapus

Diberdayakan oleh Blogger.

Kenalan dengan saya disini!